Thursday, October 23, 2008

Salam Kembali...

Lama sungguh aku tak menulis di sini. Aku hampir lupa akan kewujudan blog ini. Sepanjang waktu itu, banyak perkara yang berlaku. Antaranya, aku di panggil temuduga untuk satu jawatan kerja. Namun begitu, bukan rezeki agaknya buatku, aku gagal dalam temuduga tersebut. Mungkin, tempatku hanya di rumah, di samping anak-anak dan suami.

Terjumpa satu blog. Aku sangat kagum dengan cerita-ceritanya. Di sebalik menetap di tempat orang, jauh dari sanak-saudara, dia dapat mendidik anak-anaknya dengan baik. Anaknya yang baru berusia 7 tahun sudah tahu solat, dan pandai berdiskusi tentang Islam bersama orang lain. Mereka yang bukan Islam yang bertanya kepadanya. Aku sangat kagum. Aku?? Kenapa tidak dapat sampai ke tahap itu dalam mendidik anak-anak.

Aku tahu, aku cepat panas baran. Tak sabar dalam mendidik anak-anakku. Padahal, aku duduk di rumah sahaja. Bukanlah seorang wanita yang berkerjaya. Kenapa aku tak dapat melakukannya. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Aku sunggguh-sungguh mahu menjadi antara mereka yang berjaya dalam mendidik anak-anaknya, menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

Semalam aku dapat email dari seorang kenalan lama. Satu ketika masa kami sekolah dulu, aku pernah tertarik hati padanya. Namun aku pendamkan saja perasaan aku waktu itu. Dia pula selalu mengambil kesempatan di atas kebaikkanku padanya. Aku selalu di suruh jadi posmen untuk memikat seorang lagi rakan kami. Ku kira itu semua telah lama berlalu. Cerita lama, cerita 15 tahun yang lalu. Tapi entah kenapa email darinya itu membuat aku sakit hati. Sakit yang terlalu sakit. Geram!!!!twisted. Setelah sekian lama, setelah masing-masing punya keluarga sendiri, tiba-tiba dia beri email, minta aku carikan email dan no hp aweks lamanya itu. Aku sendiri tidak pasti sama ada dia berjaya memikat kenalan kami itu atau tidak. Tapi aku jadi geram, kenapa mesti aku yang tolong cari. Tak boleh ker dia cari sendiri. Siap kata, tak nak tolong pun kena tolong juga. Apa kes??? Tak sakit hati ker? Boleh cakap, hanya untuk tanya khabar jer. Khabar aku pun dia tak tanya, tiba-tiba jer terus cakap kena tolong dia cari ex-aweks dia. Huh!!! Memang aku sakit hati. Terus terdetik di hati, syukur aku kahwin dengan suami ku sekarang, dan syukur bukan dia yang jadi buah hatiku dulu.

Hari ni juga kami bayar servis charge pada bank untuk rumah yang kami beli. Dan ianya juga membawa maksud, bermula bulan depan, kami dah kena bayar duit rumah. Nampaknya, kena potonglah elaun aku sebab dah kena bayar duit rumah pulak. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Dan moga tahun depan kami dapat duduk rumah kami sendiri.

Monday, January 7, 2008

Kita merancang....

Bila saja hatiku ini terniat untuk menulis hari-hari di sini, nampaknya ianya tidak kesampaian. Ada juga yang mengganggu, walaupun kerja ku hari-hari hanya dirumah. Kalau ada yang berkata duduk rumah senang, goyang kaki, tanggapan itu adalah salah. Sebenarnya kerja di rumah ni tak pernah habis. Hari-hari ada. Sudahlah kita hari-hari terperap di dalamnya. Lagi boleh sakit jiwa. Apa pun aku redha. Sekali-sakala jer aku protes macam ni, bila angin aku tengah naik, mungkin sebab bendera merah nak muncul...biggrin

Hari Sabtu tu, Dia mengajak aku, QA,LA dan BA ke satu tempat, tapi hajat kami tak kesampaian, kerana ada tetamu yang nak datang ke rumah. My parents datang bersama dengan adik ku yang bongsu. Dah rindu sangat dengan cucu agaknya, al-maklum dah dua minggu kami tak balik kampung. Takde apa pun yang menarik. Harga minyak masak nak naik lagi, bekalan minyak di pasaran semakin meruncing. Alhamdulillah, kami masih dapat cari minyak masak di kedai. Dapat bekalan stok beberapa kg. Mak aku cakap, di Tg M, hanya dapat dua paket jer, yang dalam botol dah takde. Kami masih boleh beli yang dalam botol. Alhamdulillah, harap-harap masalah ni tak lama.

Aku teringin makan cempedak goreng. Hmmm, petang ni buatlah.

Thursday, January 3, 2008

Khamis 3 Jan

Bangun agak terlewat pagi ini. Permulaan sekolah buat QA setelah cuti yang agak lama. Nilah gara-gara ke bintang malam tadi, terus tak terjaga walaupun BA dah cuba kejutkan kami pukul 6.30 pagi. Dah bangun tapi tidur semula. Siapa suruh kan. Sudahnya Subuh pun entah kemana. Bangun jer, terus gosok gigi dan basuh muka. Kemudian gosok baju Dia. Sambil menunggu QA siap mandi, aku kemaskan mesin jahit semalam. Sakit tengkuk dibuatnya menjahir seluar 2 helai jer mrgreen. Aku tak tahu jahit sebenarnya. Hentam kromo jer.

Dia dah masak air di dapur. Aku cukup beruntung dapat Dia, pasti membantu di dapur bila perlu. Panaskan lauk semalam. QA sarapan roti bersama chocolate spread. Dia sarapan bubur nasi malam tadi. QA seperti biasa, makan sambil menonton kartun. Tak habis-habis kartun. naik jemu aku di buatnya. Aku yang jemu, bukan dia. Aku teringat, minyak kereta M dah nak habis. Memujuk Dia untuk beli minyak, tapi macam memaksa juga kot. Patut ker cara aku tu?? Entahlah, yang penting aku tak mahu, tersadai pulak masa balik ambil QA dari sekolah nanti. Dia hantar QA ke sekolah, beli minyak, lepas tu balik semula ke rumah dan ke tempat kerja dengan kereta T pulak. Lepas tu kerja aku, melepak sambil tengok MHI. Sungguh takde kerja aku ni walaupun sebenarnya banyak benda lain boleh aku buat.

Lama-lama tu rasa nak terlelap pulak, naik ke atas sambung tidur. Kunci jam pukul 10, tapi BA dah mengacau lebih awal. LA langsung tak terjaga, nyenyak sungguh dia tidur.Walaupun dah terjaga, malas betul nak bangun dari katil, sedar-sedar jam dah pukul 10.30 pagi. Pukul 11.30 nak ambil QA. Alamak. Kenalah cepat2 bersiap ni.Kejutkan LA, mandikan LA dan BA sekali. Buatkan mereka susu, lepas tu aku pulak mandi. Bila semuanya selesai, dah pukul 11.15 pagi. LA pulak nak ber*k. Hmm sabor ajerlah, org nak cepat ada ajerlah. Dalam perjalanan, aku terbrek emergency sebab ada kereta tu nak masuk simpang, tapi bagi signal last minute. Siot betul. Sudahnya LA terjerumus kedepan. Melalak sakan dia. Sampai di sekolah QA sudah menunggu. Tengok dia happy jer. Ada kawan baru katanya, namanya HA, tapi bukan HA mama kata dia..mrgreen. Big HA.....lollol. Apa-apa ajerlah QA.

Sampai rumah perut dah lapar. Panaskan lauk daging, makan nasi bersama lauk tu dan sambal terung semalam. Lega perut. QA, LA dan BA aku suapkan bubur nasi kentang malam tadi. Pukul 1 BA meragam. Aku buatkan susu, suruh LA henjut dia, hmmm tidur pun. Lepas tu aku ambil kesempatan ber YM dengan AJ. Cerita tentang anak-anak kami. Hmmm, macam-macam yang AJ rancang utk anak-anaknya. AJ tanya aku tak nak masukkan QA ke extra class ker macam kelas takewando ker? Hmmm, aku dan Dia tak pernah pikir sampai ke situ, banyak guna duit, aku pulak tak kerja. Mana nak bayar yuran untuk semua tu nanti. Cukuplah sekadar apa yang ada ni. Alhamdulillah.

Cakap pasal alhamdulillah, AJ kata anaknya yg sulung dah pandai baca surah Fatihah. Anak aku tua setahun dari anak dia, tak tahu baca Fatihah lagi. Adoi!!! Nape nko tak ajar 'me'. Tapi QA baca Iqra' dah nak masuk Iqra' 3, oklah tu pada kiraaan aku. Bila aku semak balik buku Iqra tu sampai Iqra 6 memang lain sikit dari muqaddam yang aku belajar dulu. Aku rasa nak beli muqaddam jugalah untuk QA, Iqra' ajar, muqaddam pun ajar. Nantilah aku cadangkan pada Dia.

Lepas solat zohor, aku masak nasi pulak, lauk asam rebus bendi dan ikan selar goreng. Siap masak jer masak, dia dah balik pulak. Aikkk cepat pulak dia balik hari ni. Dia terus capai bantal tidur di sofa, aku pulak sambung buat blog ni hari ni. Hmm....cerita seterusnya aku sambung nantilah.

Biar betul aku ni, nak tulis satu persatu setiap apa yang berlaku ker? Mesti orang boring bacanya, apalah life aku ni. Tak boring ker? orang lain ada kerja, balik rumah, kena juga masak dan tengok anak2. Aku duduk rumah besarkan badan, tunggu laki balik jer...huhu. ( Ni kes dah boring duduk rumah rasa nak kerja tapi tak tahu nak kerja apa + siapa nak jaga anak-anak aku nanti??) Mak tolong!!!!!!

Entri pertama

Salam Tahun baru buat aku sekeluarga. Sekejap saja dah masuk tahun 2008. Apa azam tahun baru? Aku sendiri tak tahu. Takde azam ker aku ni, takde wawasan? Teruk sungguh!!!. Well, permulaan azam aku tahun ni, nak cuba tulis segala apa yang aku rasa, sedih, gembira, suka duka tanpa perlu rasa takut siapa pun yang baca, kritik dan komen. Blog ini aku wujudkan sebagai tempat aku meluahkan setiap yang aku rasa dan fikir dalam kehidupan aku. Menjadi sahabat no 2 aku selepas Dia, supaya aku tak selalu tension dan marah-marah. Harapan aku, bila aku baca, aku dapat fikir semula, betul ke tindakan aku masa tu? Atau mungkin ianya boleh buat aku ketawa semula. Mungkin juga sebagai diari aku di alam maya ni.

Wish me luck!! Semoga ada kebaikkan pada coretan yang bakal aku tulis dalam blog ini.lol